Kita biasanya meletakkan klef pada permulaan baluk.
Klef melambangkan nama not tertentu dalam baluk.
Klef yang paling biasa digunakan dalam muzik ialah
klef trebel.

Kleg trebel juga sebenarnya memberitahu kita tentang kedudukan
klef G dalam baluk. Apabila melukis klef trebel, pusingan membentuk lengkungan pada garisan ke - 2 pada baluk adalah pada kedudukan G. Maka di sinilah kedudukan klef G. Lihat gambat di bawah ini.

Dalam muzik, kita menulis nama not menggunakan HURUF BESAR. Nama not bermula dengan not A hingga not G. Selepas G, ia dimulakan dengan 'sequence' yang baru iaitu kembali ke not A.