.......SELAMAT DATANG....... .......Jangan lupa komen...TQ ....JANGAN LUPA KOMEN....

Natural

Natural juga merupakan contoh accidentals. Kita menggunakan simbol Natural symbol - music theoryuntuk menunjukkan sesuatu not itu bukannya syap atau flat. Dalam skor muzik, kita perlu meletakkan natural ( Natural symbol - music theory) untuk menerangkan kepada pemuzik tiada lagi flat dan syap.

Which note is lower?Not G yang pertama adalah natural manakala G ke-2 adalah G flat. Flat adalah rendah, maka not ke - 2 juga adalah lebih rendah.

Which note is lower? - music theoryNot G pertama adalah natural. G ke - 2 adalah syap. Syap lebih tinggi, maka not pertama akan jadi lebih rendah.

Syap dan Flet

Kenal pasti not F dan G. Not berwarna hitam di antara F dan G dinamakan F Syap ( F#) dan
G Flat (Gb).



Keyboard showing F#/Gg

Syap dan Flet

Syap dan Flat merupakan dua jenis Accidentals. Syap bemaksud lebih tinggi manakala Flat adalah lebih rendah. Simbol Accidentals ini boleh menggantikan perkataan Syap dan Flet.

Sharp symbol music theorySimbol Syap

Flat symbol - music theorySimbol Flat
Keyboard showing C#/Dd - music theoryKedua - dua not C pada papan piano di atas berwarna putih. Kita mewarnakan C yang satu lagi dengan warna kuning untuk mudah dikenal pasti. Di antaranya terdapat not berwarna hitam. Not ini lebih tinggi daripada C, maka ianya digelar C syap
( C# ). dan Apabila ia lebih rendah daripada D, kita boleh menggelarnya D Flat ( Db ).

Oktaf

Accidentals merupakan simbol yang mana ia ditempatkan sebelum sesuatu not pada baluk. Ianya boleh berupa syap atau flat. Untuk memulakannya, lihat papan piano di bawah:


Not yang berwarna kuning ialah C tengah dan yang berwarna hijau ialah not C di atasnya.Accidentals in music theory  Jika mengira papan putih dan hitam di antara dua not ini, kita akan mendapati 12 not yang berbeza. Not C tidak dimasukkan/dikira. Dalam teori muzik, span not ini digelar oktaf.



Nama not

Seperti klef trebel, klef bass juga mewakili not - not dan kedudukannya yang tersendiri.
Listen to the notes on the lines in the bass clefNot - not di atas garisan.

 Listen to the notes in the spaces in the bass clefNot - not di dalam ruang.

Not di atas not B ialah not C tengah. Maka, kita perlu melukis garisan kecil untuk mendudukkannya seperti yang kita telah buat pada klef trebel.

Middle C, Bass clef C tengah dalam klef bass.                  C tengah dalam klef trebel Middle C, Treble Clef

Klef bass

Kita telah mempelajari klef pertama kita iaitu klef trebel. Untuk pic yang kebanyakannya lebih
rendah iaitu lebih rendah daripada not C tengah, kita perlu menggunakan klef bass. Klef bass adalah seperti di bawah:
Bass clef symbol - music theoryDua titik yang terletak di luar garisan akan berada di kedudukan not F. Oleh yang demikian, ia juga dikenali sebagai klef F.

Listen to F in the bass clefThe Tuba uses the Bass Clef - grade one music theory

Latihan asas 1

( 1 ) Berdasarkan skor di bawah, berikan nama pada not - not yang bertanda. Nama not yang pertama telah diberikan.




Give the letter name - grade 1 music theory
( 2 ) Salin dan lukiskan kedudukan not-not berdasarkan nama not yang telah disediakan dalam baluk di bawah dengan cantik dan kemas.

 Write the notes represented by these letters - grade 1 music theory


 Papan piano di bawah menunjukkan kedudukan not C tengah.

Piano keyboard showing middle C near keyhole - music theory
Kita boleh menggunakan istilah tertentu untuk mengingat not - not dan kedudukannya. Contoh saya akan menggunakan istilah Every Good Boy Deserved Football untuk mengingat not di atas garisan iaitu not EGB dan D.
Untuk not - not di dalam ruang, saya gunakan istilah D-FACE-G. Lihat contoh di bawah ini:



every good boy deserves football - music theory

d-face-g  - music theory bass clef notesBukan itu sahaja, anda boleh menggunakan istilah - istilah yang lucu dan sebagainya asalkannya mudah untuk diingat.
Not G terletak di atas garisan, maka not ke-2 ialah not A yang berada di dalam ruang selepas not G seperti di bawah:
Treble clef with G and A - music theorySeterusnya ialah not B yang berada di garisan ke - 3.
Treble Clef with G, A and B - music theoryBerikut merupakan situasi apabila semua garisan dan ruang pada baluk diisikan dengan not - not yang menerangkan kedudukan sebenarnya.
Treble clef - all the notes - music theory

Klef

Kita biasanya meletakkan klef pada permulaan baluk.
Klef melambangkan nama not tertentu dalam baluk.
Klef yang paling biasa digunakan dalam muzik ialah klef trebel. 
Treble clef - music theoryKleg trebel juga sebenarnya memberitahu kita tentang kedudukan klef G dalam baluk. Apabila melukis klef trebel, pusingan membentuk lengkungan pada garisan ke - 2 pada baluk adalah pada kedudukan G. Maka di sinilah kedudukan klef G. Lihat gambat di bawah ini.
Treble clef with G - music theoryDalam muzik, kita menulis nama not menggunakan HURUF BESAR. Nama not bermula dengan not A hingga not G. Selepas G, ia dimulakan dengan 'sequence' yang baru iaitu kembali ke not A. 

Baluk


BALUK

5 horizontal lines make up the Staff - music theory

Baluk terdiri daripada 5 garisan selari dan 4 ruang. Garisan dan ruang dikira dari bawah ke atas bermula dengan garisan 1 hingga 5 dan ruang 1 hingga 4.
Nama not di atas garisan ialah E,G,B,D,F manakala not di dalam ruang ialah F, A, C, E.

 Dalam muzik not - not ditempatkan di atas garisan atau di dalam ruang baluk. Lihat contoh di bawah.


Notes are placed on lines - music theory
Notes are placed on lines - music theory

SELAMAT DATANG

 
Salam sejahtera,
Berbanyak - banyak terima kasih diucapkan kerana telah sudi mengunjungi Blog saya. Melalui blog ini nanti, diharapkan saudara dan saudari akan mendapat sedikit sebanyak ilmu mengenai pembelajaran muzik bagi kelas Tahun 3 sekolah rendah. Saya akui bahawa terdapat pelbagai kekurangan dalam pembikinan blog ini namun saya berasa bertuah kerana berjaya juga menghasilkannya berasaskan hasil tangan sendiri. Pada asalnya, saya tidak tahu pun istilah 'blog' yang sebenarnya walaupun sering didengar ianya disebut - sebut hampir setiap hari. Maka, inilah pengalaman saya yang amat berharga kerana telah berjaya mendekatkan diri dengan 'rakan' yang baru iaitu...BLOG. Saya amat berharap agar para pelawat yang budiman sekalian akan memberi komen serta cadangan berkenaan blog ini untuk tujuan penambahbaikan.

Sekian.