" Blog ini dibangunkan untuk memberi kefahaman yang asas tentang teori muzik kepada para pengunjung.Respon dan komen daripada pelawat sekalian amat dialu - alukan untuk penambahbaikan blog ini. Segala jasa baik daripada kalian didahului dengan ucapan terima kasih. Selamat berlayar".
SELAMAT DATANG
Salam sejahtera,
Berbanyak - banyak terima kasih diucapkan kerana telah sudi mengunjungi Blog saya. Melalui blog ini nanti, diharapkan saudara dan saudari akan mendapat sedikit sebanyak ilmu mengenai pembelajaran muzik bagi kelas Tahun 3 sekolah rendah. Saya akui bahawa terdapat pelbagai kekurangan dalam pembikinan blog ini namun saya berasa bertuah kerana berjaya juga menghasilkannya berasaskan hasil tangan sendiri. Pada asalnya, saya tidak tahu pun istilah 'blog' yang sebenarnya walaupun sering didengar ianya disebut - sebut hampir setiap hari. Maka, inilah pengalaman saya yang amat berharga kerana telah berjaya mendekatkan diri dengan 'rakan' yang baru iaitu...BLOG. Saya amat berharap agar para pelawat yang budiman sekalian akan memberi komen serta cadangan berkenaan blog ini untuk tujuan penambahbaikan.
Sekian.
Langgan:
Catatan (Atom)